Pentafsiran Serentak

Semasa Pentafsiran Serentak, jurubahasa perlu menyampaikan mesej ke dalam bahasa sasaran pada masa yang sama sewaktu pembicara bercakap. Memandangkan tiada atau hanya sedikit masa tertangguh dibenarkan antara pertuturan pembicara dan penterjemahan, jurubahasa serentak biasanya bekerja dalam kumpulan dua orang, yang menterjemah secara bergilir-gilir, kira-kira setiap 15 minit, untuk memastikan prestasi yang optimum.

Pemudahcaraan pentafsiran serentak memerlukan peralatan pentafsiran serentak profesional yang termasuk mikrofon, penghantar, penerima dan bilik pentafsiran. Kaedah ini sering digunakan dalam Persidangan, Mesyuarat Kemuncak, Mesyuarat Lembaga, Kumpulan Fokus dsb.

Tip:
Peralatan yang diperlukan untuk Pentafsiran Serentak adalah lebih penting daripada anda fikir. Peralatan yang tidak serasi atau peralatan yang rosak boleh menyebabkan delegasi anda pulang tanpa memahami mesej Persidangan anda.

Perlukan jurubahasa serentak? Klik pada “Minta Sebut Harga!”

Acara: sidang media Z di Singapura

Keperluan: Sidang media akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Bagaimnapun, sekumpulan kecil 1-2 peserta dari China tidak selesa berbahasa Inggeris dan meminta perkhidmatan pentafsiran.

Penyelesaian:

Kaedah terbaik untuk senario ini adalah Pentafsiran Berbisik. Pentafsiran Berbisik adalah kaedah pentafsiran serentak di mana jurubahasa duduk di sebelah wakil(-wakil) yang memerlukan penterjemahan. (hanya berkesan untuk sehingga 2 wakil).

Bagi pentafsiran untuk lebih dari 2 wakil, Elite mengesyorkan penyewaan sistem panduan wayarles untuk memudahkan penterjemahan. Biasanya, 2 jurubahasa diperlukan kerana kaedah pentafsiran ini adalah serentak.

Acara: Persidangan Y di Singapura

Keperluan:

  1. Beberapa pembicara dari serata dunia telah diundang untuk menyampaikan ucaptama mereka di persidangan. Bagaimanapun, beberapa pembicara meminta untuk menyampaikan ucaptama mereka dalam bahasa ibunda mereka seperti bahasa Rusia, Jepun dan Cina.
  2. 10,000 peserta dijangka akan menghadiri persidangan ini dan kebanyakan mereka memahami bahasa Inggeris.

Penyelesaian:

Kami mencadangkan Pentafsiran Serentak Bergiliran bagi senario B. Pentafsiran Bergiliran adalah kaedah pentafsiran serentak yang biasa digunakan apabila terdapat berbilang bahasa sasaran pada acara, atau apabila ada permintaan untuk gabungan bahasa yang jarang diminta. Contohnya, adalah agak sukar untuk mencari jurubahasa serentak bagi bahasa Sepanyol-Korea berbanding jurubahasa bagi bahasa Inggeris-Sepanyol atau jurubahasa bagi bahasa Inggeris-Korea. Dua jurubahasa akan bekerjasama untuk membentuk pasukan ‘bergilir-gilir’. Graf di bawah menunjukkan cara Pentafsiran Bergiliran berfungsi.

simultaneous interpreting