Court Interpreting
Pentafsiran Mahkamah atau Pentafsiran Guaman digunakan untuk memudahcara pemahaman apa-apa perkara guaman yang berlaku di mahkamah, tribunal atau di mana saja prosiding guaman berlangsung.
Apa yang mengkhususkan pentafsiran Mahkamah adalah, ia boleh dijalankan menggunakan kaedah campuran Pentafsiran Berturutan (contohnya testimoni saksi) atau Pentafsiran Serentak (contohnya prosiding mahkamah). Jika Pentafsiran Serentak diperlukan, hanya seorang jurubahasa biasanya diambil untuk tujuan Pentafsiran Mahkamah. Ini kerana Jurubahasa Mahkamah biasanya terlibat dalam proses guaman dari peringkat awal, seawal mendapatkan testimoni saksi sehingga ke penghujung prosiding mahkamah. Jadi, kami mengesyorkan penggunaan jurubahasa yang sama sepanjang proses guaman untuk memastikan kekonsistenan dan menjimatkan masa.
Perlukan jurubahasa untuk penimbangtaraan atau prosiding mahkamah? Klik pada “Minta Sebut Harga” di bawah!
Dalam prosiding mahkamah, jurubahasa mahkamah tidak boleh menambah atau meninggalkan sebarang butiran yang disampaikan, dan perlu menterjemah kata demi kata dengan tepat. Ini kerana setiap perkataan daripada hakim, peguam, dan saksi boleh memberi kesan kepada keputusan prosiding mahkamah.
Terdapat kaedah pentafsiran lain seperti menterjemah melalui persidangan video (kaedah popular jika pentafsiran hanya diperlukan buat masa yang singkat).
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang pentafsiran mahkamah, sila hubungi kami untuk mendapatkan butiran.