Apakah perbezaan antara penterjemah profesional dan jurubahasa profesional?
Seorang yang menterjemah daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dikenali sebagai penterjemah atau jurubahasa. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari perbezaan antara penterjemah profesional dan jurubahasa profesional. Meskipun penggunaan kedua-dua istilah ini boleh ditukar ganti, ia sebenarnya merangkumi dua bidang kerja berlainan yang memerlukan set kemahiran yang berbeza.
Penterjemah profesional menterjemahkan bahan tulisan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain sementara jurubahasa profesional menterjemahkan bahan lisan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain.