Soalan Kerap Ditanya bagi Pentafsiran

Apakah perbezaan antara pentafsiran serentak dan pentafsiran berturutan?

Pentafsiran Serentak

  • Mesej disampaikan pada masa yang sama sewaktu pembicara bercakap.
  • Sedikit atau tiada masa tertangguh antara pertuturan pembicara dan penterjemahan.
  • 2 jurubahasa diperlukan untuk mengendali kerumitan kerja.
  • Sesuai untuk acara-acara besar seperti Persidangan, Mesyuarat Kemuncak, Mesyuarat Lembaga, Kumpulan Fokus dsb.
  • Biasanya memerlukan peralatan.

Pentafsiran Berturutan

  • Mesej disampaikan dalam bahasa sasaran apabila pembicara berhenti seketika selepas beberapa ayat.
  • Acara mungkin melampaui jadual masa kerana pentafsiran mungkin mengambil sehingga dua kali lebih lama.
  • 1 jurubahasa adalah mencukupi (sistem wayarles mudah alih untuk kumpulan besar).
  • Sesuai untuk Mesyuarat Perniagaan, perbincangan, Lawatan Tapak dsb.

Apakah peralatan pentafsiran yang ditawarkan oleh Elite Interpreters Asia?

Sistem Serentak Bosch
*satu bilik kalis bunyi, dua mikrofon meja jurubahasa, satu penghantar saluran, radiator inframerah, penerima inframerah dengan set fon kepala dan pekerja/juruteknik semasa acara berlangsung.*

  • Menyokong pentafsiran 2-hala
  • Suara jurubahasa tidak kedengaran kerana bilik kalis bunyi menahan bunyi suara.

Sistem Serentak Wayarles Mudah Alih
*satu penghantar pegun, satu penghantar wayarles mudah alih dengan mikrofon, penerima wayarles mudah alih dengan set fon kepala, seorang juruteknik semasa pemasangan dan semasa acara berlangsung.*

  • Menyokong pentafsiran 1 hala
  • Suara jurubahasa mungkin kedengaran membayangi suara pembicara (menjadi gangguan)
  • Sesuai untuk ruang tempat yang kecil atau terhad

Apakah bahasa-bahasa pentafsiran yang disediakan di Elite Interpreters Asia?

Di Elite Interpreters Asia, kepakaran kami terletak dalam Bahasa-bahasa Asia termasuk bahasa Jepun, Mandarin, Melayu, Korea, Thai, Vietnam, Tamil, Myanmar, Laos, Khmer dan lain-lain. Kami juga menawarkan barisan jurubahasa yang baik untuk bahasa-bahasa Eropah utama seperti bahasa Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol yang mempunyai permintaan lebih tinggi dalam pasaran.

Selain daripada itu, kami turut menyediakan jurubahasa bahasa Rusia dan Arab. Bagi kami, jurubahasa yang cekap boleh meningkatkan kebolehpercayaan perniagaan anda. Sebab itulah perkhidmatan profesional kami diiktiraf oleh pelanggan dari serata dunia. Pasukan jurubahasa persidangan kami adalah terlatih dan berpengalaman, mampu menyediakan pentafsiran serentak, pentafsiran berturutan atau pentafsiran berbisik bagi rangkaian industri yang luas.

Apakah negara-negara yang boleh mendapatkan perkhidmatan pentafsiran?

Kami terutamanya menyediakan perkhidmatan pentafsiran untuk acara-acara di Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Kami juga pernah mengendalikan acara-acara di negara-negara lain di Asia seperti China, Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Taiwan, Amerika, Rusia dsb.

Jika anda memerlukan jurubahasa di negara-negara yang tidak disebut di atas, hantarkan permintaan anda kepada kami untuk diuruskan oleh rakan-rakan setempat kami di negara-negara lain!

Klik sini untuk meminta!

Adakah saya memerlukan penterjemah atau jurubahasa?

Penterjemah menterjemahkan dokumen bertulis sementara jurubahasa menterjemah secara lisan. Jika anda perlukan dokumen diterjemahkan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain, anda memerlukan penterjemah. Jika anda perlukan seorang untuk memudahkan komunikasi antara pembicara-pembicara yang bertutur dalam bahasa-bahasa berlainan di acara anda, anda memerlukan jurubahasa.

Meskipun kedua-dua penterjemah dan jurubahasa memiliki kemahiran bahasa, kemahiran yang diperlukan untuk tugas masing-masing adalah amat berbeza.

Bagaimanakah pertanyaan diuruskan?

Apabila pertanyaan dibuat, sama ada melalui skype, penyerahan borang di laman web, e-mel atau telefon, Eksekutif Akaun kami akan segera menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kemudian, Eksekutif Akaun kami akan memilih jurubahasa daripada pangkalan data kami, pastikan ketersediaan mereka, dan sahkan kesesuaian mereka dengan keperluan anda. CV jurubahasa paling sesuai akan dihantarkan kepada pelanggan kami untuk pemilihan.

Apakah sebenarnya yang saya membayar?

Elite Interpreters Asia bekerja dengan jurubahasa profesional sahaja yang melalui siri ujian yang lengkap sebelum projek ditugaskan kepada mereka. Kami tahu cara untuk membezakan jurubahasa profesional daripada penutur dwibahasa. Kami juga memiliki bertahun-tahun pengalaman dalam kerja penyelarasan untuk pelbagai acara yang berbeza, dan kami berkeupayaan untuk menguruskan pengambilan jurubahasa serta kerja-kerja pengantaraan sebelum dan selepas acara secara profesional. Kami menjamin kepuasan anda dengan memastikan penyampaian mesej anda dalam bahasa-bahasa yang berlainan pada acara atau mesyuarat anda berjalan secara lancar dan profesional, untuk meningkatkan lagi imej syarikat anda.

Pantas dan telus, perkhidmatan kami membantu menjimatkan masa anda dengan menguruskan kebimbangan anda. Kami sedia memberikan anda profil jurubahasa yang ditugaskan untuk projek atau acara anda agar anda boleh mengesahkan kesesuaian jurubahasa tersebut dalam menepati keperluan dan harapan anda.

Adakah harga anda termasuk cukai?

Elite Interpreters Asia Singapore (No. Perniagaan: 200712718R) dan Pejabat Malaysia (No. Perniagaan: 001783324672) adalah syarikat berdaftar GST (Cukai) dalam negara masing-masing. *(7% GST di Singapura, 6% GST di Malaysia)

Semua harga adalah eksklusif GST melainkan diberitahu sebaliknya.

Harga bagi Elite Interpreters Asia (HK) dinyatakan BERSIH.

Apakah pilihan pembayaran di Elite Interpreters Asia?

Buat masa ini, kami menerima pembayaran secara Tunai, Cek atau Pindahan Bank.

Pembayaran Kad Kredit boleh dibuat melalui pautan PayPal kami (tambahan 4.5% bagi yuran pentadbiran Paypal)). Sila minta perkhidmatan ini daripada Pengurus Akaun anda dan pautan khas akan dijanakan apabila diminta.

Adakah Elite Interpreters Asia akan mematuhi Perjanjian Tidak Boleh Dedah syarikat saya?

Apabila diminta, Elite Interpreters Asia akan menandatangani NDA syarikat anda dan memastikan semua keperluan keselamatan dipenuhi.

Kakitangan dan jurubahasa kami perlu mengendors Perjanjian Tidak Boleh Dedah yang terikat dan akan diberikan taklimat menyeluruh tentang langkah-langkah keselamatan dalaman kami.