MISI

Janji Elite kepada Pelanggan

ELITE – Pemilihan pasukan pekerja kami adalah ketat, selaras dengan ciri-ciri elitisme kami yang mengutamakan mutu tertinggi. Matlamat kami adalah untuk memudahkan anda mengakses bahasa untuk menarik seberapa banyak hubungan baru kepada perniagaan anda.

KEPIMPINAN – Kami berusaha keras untuk membina ciri-ciri serta strategi yang mahu dicontohi oleh orang lain. Kepimpinan kami didorong oleh kemahuan kami untuk membantu rakan-rakan perniagaan yang lain, seperti anda.

INTEGRITI – Kami berkomited tinggi dalam usaha kami untuk menjadikan bahasa alat penterjemahan yang menyampaikan sesuatu makna. Bagi kami, sebahagian besar komunikasi adalah dengan mengotakan kata-kata kami.

YAKIN – Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan sentiasa berusaha untuk merapatkan pertalian kerja demi manfaat jangka panjang.

KECEMERLANGAN – Kami teliti dan prihatin dalam menghasilkan kerja yang tepat dan jitu. Bagi kami, hasil muktamad bagi mana-mana perkhidmatan kami seharusnya meningkatkan komunikasi dalaman bagi perniagaan anda atau dengan pelanggan anda.

Apakah bahasa-bahasa yang mempunyai permintaan tinggi di Asia?

Dunia semakin global sementara perniagaan silang budaya kian berkembang. Kesemua ini menyebabkan keperluan untuk jurubahasa turut meningkat. Di Asia, permintaan untuk jurubahasa bahasa Cina, Jepun, Sepanyol, Rusia dan Korea bagi mengendalikan persidangan, mesyuarat kemuncak, pameran dan pesta perdagangan adalah tinggi. Antara kesemua bahasa ini, permintaan untuk jurubahasa bahasa Korea adalah tertinggi, selaras dengan perkembangan perniagaan Korea dalam pasaran antarabangsa. Di Elite Interpreters Asia, kami memiliki barisan jurubahasa bahasa Korea yang boleh dipercayai di serata Asia. Calon yang sesuai akan ditugaskan untuk acara anda.

Anda memerlukan jurubahasa bahasa Korea, Cina atau Jepun yang berpengalaman untuk persidangan anda? Minta sebut harga hari ini!