Pentafsiran Berturutan
Dalam Pentafsiran Berturutan, mesej pembicara disampaikan dalam bahasa sasaran apabila pembicara berhenti seketika antara percakapan, biasanya pada penghujung setiap perenggan atau beberapa ayat. Jurubahasa perlu mendengar percakapan dahulu kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa sasaran selepas pembicara berhenti bercakap. Antara kemahiran yang penting dalam pentafsiran berturutan ialah mengambil nota. Jurubahasa dibenarkan mengambil nota dan mencatatkan idea sementara pembicara bercakap untuk memastikan mesej yang disampaikan tidak kehilangan maknanya.
Pentafsiran berturutan adalah lebih sesuai untuk acara yang lebih kecil seperti mesyuarat perniagaan, perbincangan, lawatan tapak dan lain-lain. Bagi pentafsiran berturutan untuk kumpulan besar, peralatan pentafsiran adalah disyorkan.
Tip:
Luangkan masa tambahan untuk acara anda jika anda memerlukan Pentafsiran Berturutan kerana acara anda boleh mengambil masa hampir dua kali lebih lama disebabkan proses pentafsiran ini.
Perlukan Jurubahasa Berturutan? Klik pada “Minta Sebut Harga!”
Pelanggan: syarikat Y
Acara: Mesyuarat perniagaan
Keperluan: Mesyuarat perniagaan bersama rakan-rakan niaga Jepun yang hanya berbahasa Jepun sementara wakil dari syarikat Y hanya berbahasa Inggeris.
Bil. wakil: kumpulan kecil 2-3 wakil Jepun
Penyelesaian:
Senario A adalah senario tipikal dalam pentafsiran berturutan. Pentafsiran berturutan adalah kaedah penterjemahan yang paling efisien apabila hanya dua bahasa digunakan (biasanya bahasa Inggeris dan satu bahasa lain). Ia tidak memerlukan peralatan atau bilik. Bagaimanapun, jika mesyuarat melibatkan 2 atau lebih bahasa, keberkesanan pentafsiran berturutan akan turun sedikit dan bagi kes-kes ini, anda memerlukan pentafsiran serentak (rujuk kepada Senario B).
Pelanggan: syarikat Z
Acara: Mesyuarat perniagaan
Keperluan: Mesyuarat perniagaan bersama rakan-rakan niaga Cina, Jepun dan Korea yang hanya berbahasa Cina, Jepun dan Korea sementara wakil dari syarikat Z hanya berbahasa Inggeris.
Bil. wakil: kumpulan kecil 2-3 wakil daripada setiap kumpulan negara
Penyelesaian:
Dalam contoh senario B, ia akan mengambil masa 3 kali lebih lama untuk menyampaikan mesej (termasuk pentafsiran berturutan yang biasa) untuk menterjemahkan berbilang bahasa tersebut. Bagi senario ini, pentafsiran serentak adalah kaedah penterjemahan yang paling berkesan.