Peralatan Pentafsiran Serentak Bosch

Peralatan Pentafsiran Serentak BOSCH adalah sistem pengedaran audio yang beroperasi menggunakan inframerah, dan sering digunakan untuk pentafsiran serentak, terutamanya dalam pentafsiran persidangan.

Peralatan Pentafsiran Serentak BOSCH:

  • Menyokong sehingga 32 bahasa atau saluran radio secara serentak
  • Hayat bateri yang lama (Sehingga 8 jam)
  • Stabil dan mesra pengguna
  • Tiada gangguan daripada pencahayaan
  • Kualiti audio digital yang baik
  • Sulit, isyarat penghantar inframerah tidak melalui dinding atau siling
  • Alat wayarles yang memudahkan pergerakan bebas

Apa jua saiz acara anda, Elite menyediakan juruteknik tunggu sedia untuk memantau peralatan sepanjang acara berlangsung supaya pelanggan tidak perlu bimbang.

Peralatan Pentafsiran Serentak BOSCH adalah sesuai untuk:

  • Persidangan
  • Mesyuarat Lembaga
  • Mesyuarat Kemuncak
  • Kongres
  • dsb

Perlu menyewa Peralatan Pentafsiran Serentak Bosch? Klik pada “Minta Sebut Harga!”

booth

Bilik Jurubahasa kalis bunyi ini adalah benda yang paling besar dalam set penuh Peralatan Pentafsiran Serentak, tetapi wajib untuk memastikan pasukan jurubahasa yang terdiri daripada 2 orang untuk setiap bahasa, ditempatkan di tempat yang paling selesa dan sesuai supaya mereka boleh menumpukan perhatian kepada penterjemahan tanpa gangguan daripada khalayak ramai dan lain-lain pasukan pentafsiran, sambil memerhatikan pembicara dan perjalanan acara. Bilik ini dilengkapkan dengan alat-alat elektronik dan pencahayaan yang mencukupi untuk memudahcara proses penterjemahan dalam bahasa-bahasa yang dikehendaki.

Dimensi dalaman bilik ini adalah 1.6m x 1.6m x 2m (LxDxT).

Bosch receiver and headsets

 

Penerima berciri ergonomik ini menggabungkan teknologi elektronik yang terkini, termasuk IC yang direka khas, untuk memastikan prestasi maksimum dan hayat bateri yang lama. Penerima boleh digunakan bagi pengedaran bahasa juga muzik.

Fon kepala stereo yang ringan mampu menghasilkan semula bunyi kualiti yang tinggi untuk wakil-wakil. Ia juga datang bersama pelapik telinga yang boleh diganti untuk memastikan kebersihannya.

Bosch Wireless Central Countrol Unit

Unit Kawalan Pusat Bosch (CCU) termasuk ciri-ciri untuk megawal mikrofon wakil, menyampaikan pentafsiran serentak dan menjalankan sesi pengundian, kesemuanya tanpa pengendali. Digabungkan bersama PC, unit kawalan ini boleh meningkatkan lagi kawalan persidangan.

Interpreter iDesk

Meja Jurubahasa menyokong 6 saluran bahasa berlainan di samping bahasa berucap asal. Dua meja jurubahasa akan disediakan dalam setiap bilik bagi pasukan 2 orang jurubahasa untuk setiap bahasa.

Kekunci prapemilih saluran masuk menghapuskan keperluan untuk mencari saluran secara manual dalam pilihan saluran bahasa yang tersedia. Pertukaran pantas antara bahasa berucap dan saluran yang telah disetkan pada pemilih saluran mengurangkan kemungkinan berlakunya kesilapan. Fungsi berpanca untuk saluran elektronik menghalang para jurubahasa dalam bilik-bilik yang berlainan daripada menggunakan saluran output yang sama.

Fon kepala jurubahasa yang ringan, disambungkan terus kepada Meja Jurubahasa DCN-IDESK.

Bosch Transmitter

Penghantar adalah elemen pusat dalam sistem Integrus. Ia menerima input analog atau digital, memodulatkan isyarat ini kepada gelombang pembawa dan menghantarkan gelombang pembawa ini kepada radiator-radiator di dalam bilik.

radiator

Radiator ini digunakan untuk mengedarkan isyarat inframerah di seluruh tempat persidangan supaya wakil-wakil boleh mendengar perjalanan mesyuarat melalui penerima mereka sendiri. Pada keefisienan maksimum, radiator berkuasa sederhana ini boleh meliputi sehingga 1000 m2.